MUHAMMAD AFIQ BIN SYAH LOKMAN LUDZA KOLEJ VOKASIONAL (PERTANIAN) CHENOR
Inovasi EcoProtein Pelet diperkenalkan sebagai alternatif makanan ikan yang berasaskan bahan semula jadi dan mesra alam. Penghasilan pelet ini menggunakan sisa pertanian dan bahan organik seperti sorgum, Black Soldier Fly (BSF), bulu ayam dan bahan-bahan lain yang kaya dengan protein. Tujuan utama inovasi ini adalah untuk mengurangkan kos ternakan, memanfaatkan sumber tempatan, serta mengurangkan pencemaran alam sekitar akibat pembuangan sisa organik. Kajian awal menunjukkan bahawa EcoProtein Pelet mampu meningkatkan kadar pertumbuhan ikan. Inovasi ini bukan sahaja menyokong konsep kitar semula hijau (green recycling), tetapi juga memberi impak positif terhadap kelestarian industri akuakultur.