PNR189: PRODUK MAKANAN SEGERA : MASAK LOMAK CHIC PATTY

MOHAMAD ZUL HAZIQ BIN AHMAD SM PENDIDIKAN KHAS VOKASIONAL KUANTAN

K3IC25 | Pioneer Innovator

CR: 0.0000 | 0 Likes | 12 Views | 66 times | LS: 66.0
Like it? | Support them now!

Produk inovasi Masak Lomak Chic Patty merupakan gabungan unik isi ayam yang diberi perasa masak lemak. Ia satu produk fusion yang menggabungkan citarasa tradisi dalam bentuk makanan segera. Masak Lomak Chic Patty dibangunkan bertujuan memenuhi kekurangan produk tempatan yang menawarkan pilihan baharu kepada pengguna dan pengusaha makanan. Selain itu, produk ini menyumbang kepada kepelbagaian dalam industri pemprosesan makanan. Di samping itu juga, pengeluaran produk ini memberi nilai tambah kepada golong murid bekeperluan khas(MBPK) mencari pekerjaan. Produk inovasi ini dihasilkan oleh murid semasa sesi PdPc di dalam kelas amali. Bermula dengan merancang produk, menguji ketahanan, uji rasa kepada 40 orang responden dan ujian makmal secara klinikal oleh MNR Multitech Sdn. Bhd di bawah kerjasama UMPSA. Produk inovasi ini juga telah didaftarkan di bawah MyIPO bagi hakcipta.