NUR BALQIS BATRISYA BINTI MOHD SHAWAL KOLEJ VOKASIONAL GERIK
Inovasi penghasilan yis liar semulajadi berasaskan air rendaman kurma diperkenalkan sebagai alternatif bagi pembuatan produk bakeri dan pastri yang lebih berkhasiat dan sihat.Kurma dipilih kerana kandungan gula semula jadinya yang tinggi dan menjadi sumber tenaga utama kepada pertumbuhan yis liar dan bakteria asid laktik. Melalui proses fermentasi, air rendaman kurma menghasilkan kultur mikroorganisma aktif dan mampu berfungsi sebagai pemula dalam pembuatan produk bakeri. Hasil produk yang menggunakan inovasi ini kaya dengan probiotik, prebiotik dan protein. Ia bantu untuk meningkatkan penghasilan bakteria baik dalam usus. Inovasi ini berpontensi mengurangkan penggunaan yis komersial dan meningkatkan nilai nutrisi produk yang lebih berkhasiat.