PNR240: MANUAL ISYARAT PENDANDAN ORANG KELAINAN UPAYA (MIPOKU)

MUHAMMAD FARIS ZAFRAN BIN ZAMAHSYARY SM PENDIDIKAN KHAS VOKASIONAL INDAHPURA

K3IC25 | Pioneer Innovator

CR: 0.0000 | 0 Likes | 13 Views | 23 times | LS: 23.0
Like it? | Support them now!

Bahasa Isyarat Malaysia (BIM) merupakan medium utama komunikasi dalam kalangan komuniti pekak di Malaysia. Dalam bidang Pendidikan Khas, khususnya kursus Dandanan Rambut, 
kekurangan terminologi khusus dalam BIM menimbulkan kekeliruan dan menyukarkan proses pengajaran dan pembelajaran. Isu ini menjadi penghalang kepada keberkesanan komunikasi
antara guru dan murid berkeperluan pendidikan khas (MBPK) kategori kurang upaya pendengaran.Bagi menangani cabaran ini, inovasi Manual Isyarat Pendandan OKU (MIPOKU) telah
dibangunkan sebagai satu modul komunikasi visual khusus untuk bidang dandanan rambut. Objektif inovasi ini adalah untuk membangunkan modul BIM khusus dalam bidang tersebut,
memudahkan komunikasi dan pemahaman murid, serta membuka mata masyarakat dan majikan tentang keupayaan komuniti OKU. MIPOKU merangkumi manual bercetak, gegantung interaktif
dan aplikasi mudah alih Android yang membolehkan pengguna mengakses isyarat dengan mudah dan efektif.Melalui penggunaan MIPOKU, guru dapat menyampaikan arahan dengan lebih jelas,
manakala murid menunjukkan peningkatan dari segi keyakinan, pemahaman istilah, dan prestasi kemahiran. Majikan turut menunjukkan minat terhadap MIPOKU, sekali gus meningkatkan
kebolehpasaran MBPK dalam industri dandanan rambut. Inovasi ini berjaya mengatasi kekangan komunikasi dan telah terbukti berkesan dalam meningkatkan penempatan kerjaya murid
selepas tamat persekolahan.Kesimpulannya, MIPOKU bukan sekadar bahan bantu mengajar, malah satu bentuk pemerkasaan kepada komuniti kurang upaya pendengaran.
Ia berpotensi disebarluaskan dalam industri dandanan rambut seluruh negara serta menjadi model inovasi inklusif yang menyumbang kepada pendidikan dan pembangunan sosial masyarakat
OKU secara menyeluruh.